Selasa, 23 November 2010

Kerna ''CINTA'' dirimu ku lepaskan..

Filem:
Dunia ini ibarat pentas lakunan,manusialah pelakonnya,
Pengarah utamanya Al-Quran,As-sunnah skripnya,
Malaikat jurugambarnya,Islam jalan ceritanya,
Kiamat itu kesudahan pengambarannya,
Padang masyar tempat terima pengiktirafan,
Rasulallah pelakon terbaiknya,
Allah jurinya,Syurga dan Neraka trofinya..

hrm,,begitulah status y d'share mmbe fa at fb..itulah guma kwn kn..kalau lupa d'ingatkan..
haih~ntah pape la aq nie..cam tukul n pahat jer..skali ingat skali jalan..x bleh bla lansung..
ble keadaan manuskrip2 cmni datang..dalam hati nie wujud eleman2 rindu..hrm,,knpe la aq dh jd makin x betol akhir2 nie..tolonglah..aq betol2 rindu pd keaadaan dimana cuma ketenangan sahaja yang menemani..
hoho ayat aq memang x bleh bla..apalah guna kata-kata manis,b'puitis,b'falsafah,b madah..??kalau hasilnya masih sama yerp?adoi la..kadang2 aq rasa macam d'tertawakan oleh diri sendiri..
x paham??
cuba baca ayat yang pernah dikarang oleh aq sendiri pada umur 15tahun..
-Buktikan Cintamu-
Andai benar dikau menyintaiku
pastilah dikau akan rela terkorban,
Andai benar cinta kasihmu untukku
pasti dirimu tidak mampu bergembira sentiasa,
Aku bukannya tidak mahu kau gembira,
Tapi aku mahu kau buktikan kata cinta,
Aku bukan tidak mahu kau mengejar dunia,
Tapi aku gerun dan takut andai dikau binasa,
Aku bukannya ingin mengongkongmu,
Tapi hadirnya aku untuk kau mengecapi bahagia,
Sesungguhnya dikau pasti tahu..dan
mengenali diriku..
Akulah agamamu yang dicintai..
jd..nak mintak tolong..korang tego2 la aq klu aq dh t'lalu melalot..walaupun first2 nyer sakit hati tp..tu la ubat pling mujarab..baikilah,jika tidak mampu tegurlah,,selemah2nyer mmbnci dalam haty..(tp klu kowg bnci dlm haty..aq x kan taw..) so lg elok korg tego dpn2..

Isnin, 22 November 2010

tak tenteram

Ya Allah

tolonglah..apakah yang sedang aku lakukan kini?

sengaja cuba bermain dengan bara api?

setiap langkahku serba x kena..

betapa banyaknya dosaku..

sehingga rahmatMU yang luas..

seakan tidak sudi melewatiku..


Wahai Tuhanku..

keagunganmu yang tiada tandingan

sesungguhnya telah berkuasa engkau tanpa sekutu..

sedangkan

iblis terlaknat itu sendiri mengakuinya..

lantas bagaiman aku?


Ya Allah,

penyakit apa yang telah menyerangku?

di alam roh

1 tika dulu..diriku pernah bersumpah

sesungguhnya dikaulah tuhanku..

dan diriku lah hambamu..


Tapi kini?

mengapa ya?

tatkala roh ku sudah berjasad

dan

diriku telah dinobat

sebagai pentadbir bumi..

mengapa ya?

aku berasa semakin jauh sekali dari rangkulan kemanisan tawakal padaMu?


Kemanisan dari terus menjadi hambaMu

yang taat..


Adakah kerna engkau telah ciptakan nafsu sebagai pemisah antara kita?

Adakah bisa untuk ku cicipkan bahwa..

kerna nafsu lah aku ternoda?

Lalu hubungan kita

tidak seindah dahulu?


Jadi?

bagaimana pula dengan para abidMu?

adakah mereka malaikat tanpa nafsu?


Lalu?

bagaimana kini?

Aku semakin ragu-ragu..


Aku keliru..

Adakah aku telah beriman?

Aqidah ku setebal mana?

Mengucap syahadah tanpa memaksudkannya?

lalu bgaimana ini?
Kadang-kadang aku gusar juga..
rukun iman ku bagaimana?
rukun islam pula?
mengapa aku selalu mengambil secara separuh-separuh?
bukankah
Al Quran sendiri mengingatkan..
''jgnlah kamu mengambil ayat tuhan secara separuh-separuh..
mengambil sedikit dan yang lainnya ditolak?''
Betul-betul tak tenteram..
Adakah aku munafiq atau fasiq?
apa yang membezakan aku dan mereka?
aku seolah-olah berpura-pura dan bermuka-muka
janji2 yang ku tuturkan..
keadaan ku tatkala marah dan bermusuhan..
cara-cara penyelesaian yang ku ambil..
Hrm,,beratnya..
Bagaimana untuk aku menempuh hari esok ya?
Iman ku sendiri rapuh teramat..
Apakah makna beriman?
Mampukah ku nyatakan bahawa aku memahami tanpa membuktikanya?
Beriman kepada ALLAH..
lalu aku?
Adakah aku mengaku tanpa tindakkan?
Nampaknya..
terlalu banyak rompong2 besar di persada keimanan ku..
sehingga kini..
bibirku sendiri tak mampu bersuara..
Mengalunkan keperitan atau kesengsaraan..
kerna bagiku..
itulah kifarah dosa-dosaku..
Ya Allah..
Tuhan pemilik haty..
maka ku memohon moga hati ini d'gengami
agak tidak terus tersasar dari landasan keredhoanMu..
Ya Illahi..