Rabu, 23 April 2014

walaupun beliau tengku

Assalamualaikum.

#noted : http://hotnyum2.blogspot.com/
              http://diaryfifa330.blogspot.com/
              http://driftdiary.blogspot.com/

berikut adalah website blog2 yang ku miliki. dalam link first tajuknya 'dreamz' aku ada sempat cerita sal 'SNAPEE' aq. tp sekarang hanphone L920 aq tu da rosak..maka x leh nak upload barang baru.

manakala yang nombo 2 tu pula link blog nama 'miss or missing'. last story pown aku de cter sal drama jer.. btw drama yang walaupun best tu.. aku lom sempat nk perhabiskan episodnye.. ( '')
x taw nak sedih or gembira.

then blog last skali bertittle 'fifa'.. sebolehnya aq nak sejujur y boleh dalam blog nie.. last aq ckp sal mentari obses.. kameranya lawa..pakai L920 y da rosak..so sekarang aku ddtangi hp baru..

to be continue..

Rabu, 12 Februari 2014

Mentari Obses

Sunrise and Sunshine-

Assalamualaikum semua selamat malam..tengah-tengah rabu malam khamis ni.. Nak x nak, aku kena juga upload picture hobi baru aku.. Buat pengetahuan semua Alhamdulillah aku sekarang sudah bergelar seorang pekerja.

Aku bekerja sebagai apa? Dimana? semua itu lain hari punya ceritera..yang penting time nie aku nak share sedikit sebanyak gambar matahari terbit dan terbenam yang aku telah berjaya tangkap.. pakai handphone L920 yang sharp.. (^,^)














Rabu, 18 September 2013

Mungkin ini kali yang TERAKHIR kita dapat bersama.

        Assalamualaikum, dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Blog ini menjadi mangsa coretan ku yang tidak seberapa.

        Aku tidak pernah mencoret sesuatu tentangnya di laman blog ini. Tapi saat aku berasa perpisahan semakin hampir lalu aku bertindak mencoret tentangnya.

        Mungkin Allah sengaja menduga aku dengan ujian ini, bagi memahamkan aku sebuah chapter kehidupan. Betapa semua ini milik punyaNYA. dan aku sendiri di sini tiada berharta.

       Melalui episod kali ini,baru aku menyedari sebagaimana cinta dan sayang pun aku padanya, RUMAH itu bakal bukan milikku lagi.

      Usiaku kini menginjak 22 tahun ini, sepanjang 2013 yang kian berakhir aku telah diuji dengan penuh kasih dari DIA pemilikku. Jika ditanya soal tahun yang paling bermakna pastilah tahun ini menjadi pilihanku.

19/9/2013
        Semuanya berlalu dengan pantas.Aku tidak mampu lagi mengejar dan menurut rentaknya. Tapi apa yang ku kini ialah sekeping hati yang sedang ditarbiyah. Maha suci Allah yang maha pengampun dan penyayang, DIA memberi aku akal yang waras berfikir positif bahwa segalanya punya hikmah.

      Sejujurnya akhlakku bukanlah yang terindah,aku kategori yang rugi berdasarkan ayat-ayatnya didalam Al-quran. Aku kategori yang gemar berfikir tetapi malas bertindak. Mungkin banyak faktor yang telah menyebabkan aku begini. Tetapi apa yang perlu ditumpu ialah aku yang sekarang.

      


      Ya! statement diatas memang mengambarkan aku. Walau seceria mana pun aku sekarang, walau sekuat manapun aku, aku tidak akan sesekali lupa apa yang pernah berlaku. Namun untuk apa ingatan ini? Ya! Allah melahirkan rasa dengan sebab, DIA menzahirkan murka dengan sebab. Sesuatu itu berlaku dengan sebab.

      Alhamdulillah bezanya aku dengan yang lain ialah, rahmatNYA masih menyapaku. Aku bersyukur dengan itu. Kerna itu tatkala aku jatuh, aku sedar yang DIA menghadirkan kekuatan untuk aku bangkit. DIA tidak sesekali meninggalkan aku keseorangan.

     Aku masih ingat bagaimana masa lalu ku, Ya! memang tidak serupa ujian yang berat di mataku dan dimata orang lain. Allah yang mencipta bezanya itu. 


       Masa lalu ku? sesungguhnya ia telah lama berlalu. Walau terdetik penyesalan terhadap pilihan yang dibuat serta apa yang berlaku namun kehidupan yang kini harus diteruskan. Aku tidak berniat menjadi yang terkuat, namun cukuplah agar kuatnya aku bisa memaksa aku segera bangkit. 

     Aku tidak mahu selamanya lemas dalam menyalahkan orang lain, mungkin mereka juga salah tetapi 'people change'. Aku bersangka baik mungkin saat itu mereka masih baru. Mereka sedang belajar pengalaman baru, aku menjadi mangsa keadaan dan sometime orang lain menganti tempatku.


    Berbalik kepada motif asalku menulis blog kali ini, dalam usiaku 22 tahun aku sedang belajar di sebuah Universiti tempatan di daerah lendu melaka. Bersambilan dengan itu, aku juga menyewa sebuah rumah berkapasiti 7org boleh muat.tetapi aku sedang menghuni berdua bulan 9 ini. Gambar diatas bukan rumahku, tetapi ukurannya lebih kurang. 

    Diringkaskan cerita aku terpaksa beransur dari situ kerana aku sudah tidak mampu membayar sewanya RM250 bulan ini. Disaat-saat genting aku ingin menduduki final exam ujian ini hadir.Walaubagaimanapun aku berjaya menidakkan eksperasi di wajahku, aku diam bermain fakta di minda. Urusan study is study, akhir sem exam mesti dihadapi, namun urusan hidup adalah pasti berterusan walaupun sudah grad.. idop is idop dan ujian serta tarbiyah darinya tidak pernah putus.


    Ini adalah movie english yang agak merepek, tapi ianya berat dengan fakta hidup. Sejujurnya aku memang dikurnia akal yang baik mentafsir segala yang berlaku dalam hidup ku dengan sudut pandang luas dan berbeza.(Alhamdulillah). Apa yang aku belajar dari movie ini ialah 'everything come's with price'

   Movie ini mengajar aku erti terhutang budi, erti berfikir sebelum bertindak dan erti bagaimana reality tak seindah fantasi. Kita boleh berimpi ke bintang namun usaha juga perlu berganda untuk kesana.




      Terngiang-ngiang pesan guruku satu ketika lalu, dia berkata sang rerama yang indah dan hidup tak lama tu umpama manusia. Walaupun serinya menghibur yang lain namun dia juga pernah bertarung dengan nyawa. Dulunya dia hodoh dan tak dipandang, kepompong adalah garisan pemisah antara masa lampaunya dan masa akan datang. Untuk rama-rama keluar dari kepompong mereka kena berusaha sendiri.

       Kalau kita tolong dia keluar maka sayapnya tidak dapat diguna sempurna. Dia berusaha dengan kudratnya sendiri untuk keluar dari kepompong. Agar sayapnya nanti bisa menampung badannya.

      Belajar dari dia, ku menyedari anologi hijrah yang sebenar. Aku memndapat kekuatan untuk meneruskan langkahku ke rumah yang baru. Walaupun aku terpaksa meninggalkan kenangan yang paling berharga. Namun aku berharap rahmat Allah mengiringi ku. Amin.

#goodluck# 

-^ ^-
pandang hidup ni macam subjek statistic yang ko amik sem nie..ianya susah tapi menarik..kalau kau x cuba kau akan terlepas peluang mengalami pengalaman berharga. Good luck taw..aku tau kau boleh..chayok! fighting!. *sayang awak~*






Isnin, 27 Februari 2012

ASAL ngan ko nie?

assalamualaikum,,
yerp! that me..i'm fifa (NAI) sori..i forgot my password..
so,i think now i remember it back..
hehe..
yeah! i know that is something strange right..
hrm,,~

kali ni saya karang blog nie untuk membahan 'someone'
bukan sesapa pown..
diri saya sendiri juga..saya nak bagi tauliah terbaek punye pada diri saya yang lagi bapa hari lagi akan menghadapi exam untuk sem 3 nie..yer sem nie saya lebih bersemangat kerana saya dah jumpa kunci..tapi satu lagi step yang saya kena buat..saya kena rajin study..memang adat la kan.. kalau time-time camni la masalah baru yang rumit n unik timbul..tapi sapa kesah..saya mesti..n MESTI...MESTInya melawan..

yeah!time nie la nak degil pown.
saya akan berdegil dengan diri saya..apa nak jadi..jadi..yang pasti..saya kena pastikan saya STUDY!! tahap gila-gila punya..saya sanggup ikat nafsu saya..kerana memang ini adalah saat sesuai untuk itu..saya kena tahan mulut saya,butakan mata saya dan tutup semua pintu..
masa ini saya kena spend untuk dua benda je..iaitu
untuk Allah dan Study

saya sediakan step untuk diri saya di sini:
*saya mesti selesaikan QUIZ ON9 EC0
*saya MESTI daftar subjek yang saya akan ambil sem depan
(saya nak ambil PAD170 n myb saya ambil PAD190 n HR time intersasi kot)
*saya kena fokus study pada MACRO,BEL,PAD120,CTU
*saya still kena date ngan QR n al-mathurat n panctual solat

[MESTI]

% DAH SETEL NIE..BARU SUME BNDE LEN BOLEH PK..

Rabu, 8 Jun 2011

best PERFORM

SALAM

sorry i just wanna to share some little bit opinian
..nothing imposible because life just dream..
sorry if my statement make something bad happen..
just wanna to share..

everyone know that share an apinion is does't mean anything i share is perfect n true mostly..
so?let's enjoy it!!



LIFE LIFE LIFE


semua ade meaning masing2 pasal hidup dan semua pkare..spe tol?spe salah?alah~sume sme jer..y penting dosa ke pahala..y len??belakang kire..


^^


senang cer dunia nie cam pompuan muda..ofcoz la klu muda ia pasty indah..n ofcoz la klu indah pasti de y t'goda n ternoda..n mcm2 terlagi..spe kata dunia x best?dye msty bkn mnusia tu..hoho


=_=


hoho

penah x dengar orang kata perempuan ini boleh membunuh?ops!! wait2 mmg ofcoz la aq pown pompuan gak..bkn nk mengutuk or merendahkan martabat spe2..cume pnh dgr ke x?


o_0


erm,,bagi fa pompuan nie special sgt..mmg sume bnde y Allah cipta special..tp fa nk tekankn special pompuan kli nie..erm,,pompuan itu sendiri adalah aurat..mean pompuan tu perhiasan yang dari sume segi pown pasty nampak cantik..jd pompuan n dunia cam x jaoh beza..

spe x suka bnde chanteq?


*o*


wait! wait! pe sume nie?penin2 wo~cam x kne je..tajuk best PERFORM,,statement..nothing imposible because life just dream..weh!!~ape sume nie??uit!! uit!! siyes kowt x paham la weh..then?


$0$



camni la senang2..life just dream..[hidup ini cuma mimpi]..so?dlm mimpi de y mustahil x?x de kan?sumenyer boleh jd..cume perfom n cerna masuk je dlm data2..[mean cuma trut serta je ngan isi dunia n anda akn menengelamkn org len atau ditenggelamkan org lain]


n hidup y sebenarnyer ialah selepas mati..y tu baru betol..x de y leh stop kn hidup kali itu



GAME


sebenarnye dunia cam game..eh x! game nie cam dunia..x pn lbih kurg,,x pn lbih skit,,tp camtu lah..game de level..n de profit n loss n mcm2..spe y men game msty tau..prisai n senjata mmbnuh dan dibunuh menikam n menipu..senang cer game n dunia cam lebih kurg..cume klu game dye leh..start from begining balik..tp life??maty trus maty..masa x penah pn boleh putar balik klu kita rtersalah plih jalan...


x de button undo cam sesetengah game..kte x leh try n error dlm hal2 bsr sesuka haty..sumenyer de risko y bkn kepalang..sune kne byr x de y free,,x byr ngn duit pn msty kne byr ngan bnde lain..


huiyyo!!


mcm2 cer leh elobrate dari satu ayt..haha mcm2..pape pown..mmg nothing imposible..life y short nie kne pkai baik2..pling kurg dh maen game tu maen elok2..alang2 dh hidop tu mnfaat kn betol2..








Selasa, 7 Jun 2011

Selasa, 10 Mei 2011

PENIPUUUUUU~

saya sorang yang penipu..jd jangan senang2 menerima sebarang cerita saya..saya seorang yang pentingkan diri jadi sila tinggalkan saya jika rasa terseksa ketika berada disisi saya..saya playgirl/casanova kerana saya lansung x setia pada cinta dan berdozen2 salah saya dan kelemahan saya jika anda teroka..

PERCAYALAH!!
penipuan terbesar saya ialah saya x jujur pada semua orang..
saya gembira ketika diri saya benar2 sedih..
saya ada bermasalah jiwa?
ia memang saya ada..

hrm,,
saya gila kerana cinta..
says resah kerana cinta..
rontaan dan rungutan saya
semuanya angkara cinta..

TAPI!!
saya tidak memusuhi cinta..
malah saya meronta untuk mendakap cinta itu..
saya penipu!!
saya ingin membasahkan bibir dengan mengalun nama2 Nya
saya jadi tenang tatkala haty penuh dengan kerinduan teramat pada Nya
saya ingin selalu disampingnya..
saya benar2 x berupaya untuk menolak kuasa cinta pada Nya..

saya hampir lemas..
dalam badai2 gelora yang selalu menimpa pasangan2 bercinta..
tapi gelora saya lebih besar dari badai gelora pasangan2 insan bercinta yang lain..

ini semua angkara ego yang saya miliki..
bagaimana ingin saya melupuskan ego?
sedangkan egolah yang selama ini menjalar di haty saya..
menyelinap di setiap rongga yang saya punya..??

BENAR2 RINDU
kali ini saya x tipu saya benar2 rindu..
saya sedar siapa saya disamping Nya..tp itulah saya
kenapa saya dan ego x dapat dipisahkan?
DIA sering berlari kearah saya tatkala saya baru melangkah setapak dua
tapi respon haty saya?
seketika cuma rindu itu bertandang
dan ego pasty kembali mengkaburkan haty saya dary mengingaty Nya..
saya benar2 rindu
dan rindu masih wujud dalam lubuk haty saya paling dalam..
tanpa saya berniat untuk mengabaikan Nya

EGONYA~
kenapa dengan saya?
kadang2 saya mengamaty alam cuba mencari khabar2 rindu dari Nya
dan DIA x pernah meminggirkan saya
malah sering menyampaikan bayu berita cinta
agar saya kembali ke rangkulan Nya

DIA mengamanahkan mentari agar terus
menyimbahkan cahaya terik pada bumi..dalam bahang kepanasan itu
saya terhidu bau rindu
tapi ego tetap memeluk erat saya tanpa sekecil ruang bernafas
saya terkilan tapi masih mengharap..

BODOHNYA SAYA
Saya memang bodoh..adakah saya layak menyimpan kalimah cinta dalam haty saya?
apakah makna cinta bagi saya yang jarang menghargainya?
memang penipu besar
memang auta
pembohong yang sombong

DIA YANG TERISTIMEWA?
Siapakah DIA?
semua orang tahu siapa DIA
tp jarang yang mengenali nama Nya,sifat Nya keanggunan Nya
dan sekali lagi saya menipu bahwa saya sendiri tidak mengenali DIA dengan sebenarnya..kerana sekiranya saya benar2 mengenali Nya..
pastilah saya mampu membidas semua pautan2 ego yang melampau ini.
pasty saya tidak bermain mata dengan cinta2 sementara yang lain..
pasty saya tidak ternoda dengan mereka yang dicipta kerana cinta bukan
PENCIPTA KEPADA CINTA INI

Saya penipu yang benar2 'kayu' dalam memilih siapa cinta saya yang sebenar..tapi percayalah bahwa saya benar2 masih punya rindu,masih punya cinta pada Nya,masih punya cita2 untuk kembali pada tika dan masa 'saya dan DIA bahgia dalam rangkulan cinta yang DIA sendiri cipta'

siapa saya?saya cuma insan saya hamba DIA..jd memang wajiblah saya menyintai DIA..krn memang saya dicipta untuk itu..saya menakhoda dunia kerana untuk melangsaikan hutang cinta teragung pada Nya..DIA adlah Allah tuhan yang mencipta saya dan segala2 nya atas nama cinta yang DIA cipta..saya memang bodoh kerana tertipu ngan pujuk rayu ego yang menyelubungi saya saban waktu..saya masih benar2 rindu dan saya tetap akan pastykan bahwa rindu saya pasty mampu menghantar saya pada DIA..amiiin moga rindu ini membuat saya lebih kuat melawan cinta sementara menuju redhoNya berserta cinta..